Program tahunan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bagi menyemarakkan sambutan Tahun Baru Hijrah melalui pengisian kerohanian, kemasyarakatan, riadah dan kekeluargaan.
Maklumat aktiviti, pertandingan dan program akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengesahan rasmi.
Festival Maal Hijrah merupakan program tahunan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) di mana matlamat utama penganjuran festival ini adalah untuk menyemarakkan sambutan Tahun Baru Hijrah.
01Sebagai sebuah badan Amanah Islam, menjadi tanggungjawab LAKMNS untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terjaga dari pelbagai aspek, bukan sahaja dari segi pelaksanaan ibadah, ia juga melangkaui aspek Pendidikan, sosial, ekonomi kesihatan, dan aspek-aspek lain yang menjurus kepada kesejahteraan ummah.
02Justeru, melihat kepada keperluan semasa, LAKMNS mengambil pendekatan yang inovatif serta dinamik dalam mendekati masyarakat, terutamanya golongan belia. Dalam erti kata lain, LAKMNS ingin menyediakan satu platform riadah yang sihat dan bermanfaat kepada komuniti.
03Bagi tahun ini, LAKMNS bercadang untuk menganjurkan Festival Maal Hijrah 1448H/2026M bermula pada 17 Jun 2026. Maklumat aktiviti, pertandingan dan program akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengesahan rasmi.
04Sila pilih kategori untuk melihat maklumat lanjut berkaitan program atau pertandingan Festival Maal Hijrah.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”
Festival Maal Hijrah 1448H/2026M akan berlangsung di lokasi baharu berikutan kerja-kerja renovasi di Masjid Jamek Negeri Sarawak yang sedang dijalankan, sekali gus memberi ruang yang lebih selesa kepada pengunjung, peserta dan komuniti.
Taman Sukma,
93050 Kuching, Sarawak